Jumat, 01 Juni 2012

Tentang DAM Haji

Pengertian DAM dari segi bahasa ialah darah.
Ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.
Sebab-sebab diwajibkan dam:
  • Melanggar pantang larang dalam Ihram
  • Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
  • Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
  • Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
  • Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
  • Luput Wuquf di Arafah
  • Meninggalkan Tawaf Wada'

1. TERTIB DAN TAQDIR
Pengertian: Tidak ada pilihan dengan dam yang telah ditetapkan. Namun jika tidak terdaya, gantian akan ditentukan mengikut hukum syara'.
Kesalahan Yang Dilakukan
Wuquf di Arafah
  • Luput Wuquf di Arafah
Melanggar Nazar
  • Melanggar nazar semasa mengerjakan haji
Meninggalkan Perkara-Perkara Wajib Haji dan Umrah
  • Tidak melontar Jamrah
  • Tidak bermalam di Muzdalifah
  • Tidak bermalam di Mina
  • Tidak berihram di Miqat
  • Meninggalkan Tawaf Wada'
Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran - Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya)
  • Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
Dam yang dikenakan:

Menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau

JIKA TIDAK BERKUASA
Berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya

JIKA TIDAK BERKUASA
Tanggungan Sendiri
 2. TERTIB & TA'DIL
Pengertian: Apabila seseorang itu tidak berkuasa untuk mengeluarkan makanan, maka hendaklah ianya diganti dengan mengerjakan puasa.
Kesalahan Yang Dilakukan
Larangan Dalam Ihram Persetubuhan yakni jimak yang dilakukan dalam beberapa keadaan :
  • Sebelum bertahallul awal bagi ibadat haji atau
  • Sebelum selesainya kerja-kerja amalan umrah bagi ibadat umrah
Dam yang dikenakan:
Menyembelih seekor unta
JIKA TIDAK BERKUASA - Menyembelih seekor lembu
JIKA TIDAK BERKUASA - Menyembelih 7 ekor kambing
JIKA TIDAK BERKUASA - Membeli makanan dengan nilai harga seekor unta kemudian dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
JIKA TIDAK BERKUASA - Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta
DAN Menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya
DAN Menqada' ibadat hajinya pada tahun hadapan

Kesalahan Yang Dilakukan
Berlaku IHSAR bagi orang yang berniat ihram
  • Tertahan atau ditahan dalam perjalanan daripada memasuki Makkah setelah melafazkan ihram, disebabkan oleh angkara musuh atau dalam keadaan diri yang terkepung
Dam yang dikenakan:
Menyembelih seekor kambing Dan Bercukur atau bergunting

JIKA TIDAK BERKUASA 
Membeli makanan dengan nilai harga seekor kambing kemudian dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul

JIKA TIDAK BERKUASA 
Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing
3. TAKHYIR DAN TA'DIL
Pengertian : Memilih salah satu daripada dam yang ditetapkan.
Kesalahan Yang Dilakukan
Dam Yang Dikenakan
  • Memburu binatang buruan
  • Menebang, mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram Makkah (kecuali pokok yang mati serta sudah kering) Dam Yang dikenakan
  • Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu daging itu dan dibahagikannya kepada penduduk miskin di Tanah Haram
  • Membeli makanan dengan nilai harganya. Makanan itu hendaklah dibahagikan kepada orang-orang miskin Tanah Haram
  • Mengerjakan puasa untuk beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu kadar satu cupak sama dengan berpuasa satu hari.

4. TAKHYIR DAN TAQDIR
Pengertian: Ketetapan pada barang yang boleh diganti.
Kesalahan Yang Dilakukan
Dam Yang Dikenakan
  • Memburu binatang buruan
  • Menebang, mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram Makkah (kecuali pokok yang mati serta sudah kering) Dam Yang dikenakan
  • Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu daging itu dan dibahagikannya kepada penduduk miskin di Tanah Haram
  • Membeli makanan dengan nilai harganya. Makanan itu hendaklah dibahagikan kepada orang-orang miskin Tanah Haram
  • Mengerjakan puasa untuk beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu kadar satu cupak sama dengan berpuasa satu hari.
  

0 komentar:

Posting Komentar

 

SMBC-JOMBANG Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers