Senin, 04 Juni 2012

Kumpulan Soal tentang Melempar Jamrah

Soalan
Bilakah masa bagi melempar jamrah Aqabah pada hari Nahar?

Jawaban
Sebaik sampai dari Muzdalifah selepas tengah malam 10 Zulhijjah.

Soalan
Adakah sah melempar tiga jamrah pada hari Tasyrik tanpa melempar jamrah Aqabah pada hari Nahar?

Jawaban
Tidak sah melemparnya. Kerana wajib tertib pada melempar pada hari-hari tersebut.

Soalan
Adakah sah melempar tiga jamrah pada hari Tasyrik tanpa melempar jamrah di Hari Tasyrik sebelum tergelincir matahari?

Jawaban
Tidak sah untuk melempar hari itu. Tetapi sah untuk hari semalam yang telah berlalu.

Soalan
Sesudah melempar jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah dan kembali ke Makkah untuk bersembahyang Subuh di Makkah, boleh atau tidak masuk ke Mina pada 10 Zulhijjah selepas waktu Isyak?

Jawaban
Boleh. Asal sahaja bermalamnya melebihi dari separuh malam.

Soalan
Adakah sah melempar Jamrah Aqabah di sebelah belakang? Apakah yang harus dilakukan jika ini terjadi? Adakah dikenakan dam kerana ia bercukur selepas melempar?

Jawaban
Tidak sah. Ia dikenakan dam kerana bercukur sebelum masanya. Kalau masa melempar masih ada ia wajib melempar semula. Jika sudah selesai masanya iaitu keseluruhan hari Tasyrik dia dikenakan dam pula kerana tidak melempar.

Soalan
Bolehkah seorang melempar jamrah untuk dirinya dan orang lain dengan sekali jalan?

Jawaban
Tidak boleh. Ia mesti menyelesaikan semua lontaran bagi dirinya pada tiga-tiga jamrah

0 komentar:

Posting Komentar

 

SMBC-JOMBANG Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers