Tujuan laman web ini dibangunkan ialah sebagai garis panduan bagi umat Islam bagi mengamalkan ibadah haji dan qurban dengan cara yang menepati tuntutan syarak.
Sesuatu ibadat khusus yang dilakukan jika tidak didasari oleh ilmu yang jelas adalah sia-sia kerana Allah tidak akan menerima amalan seseorang yang dilakukan tanpa mengikut peraturan yang telah digariskan sama ada dari kitab Al-Quran, Sunnah Nabi, Ijmak Ulama dan Qias.
Oleh itu, Jabatan Mufti Melaka mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web ini mengenai Informasi Ibadah Haji dan Qurban ini agar dapat dijadikan rujukan yang mudah difahami oleh semua lapisan umur dan masyarakat Islam.
0 komentar:
Posting Komentar