Tampilkan postingan dengan label Umroh Haji. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Umroh Haji. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 September 2012

Umroh Safar 2012


PROGRAM PAKET UMROH SAFAR2012 (Umroh Tahun Baru) 9 HARI
Harga Standard Mulai Dari USD 2200 atau ± Rp. 21.juta(Triple), USD 2300 atau ± Rp. 22.juta(Double).
Flight by Lion, Surabaya – Madinah
Hotel Makkah: Al-Massa/*4 setaraf
Hotel Madinah: Wiston/*4 setaraf
Pendaftaran dan Pelunasan Paket Umroh Safar  2012 Max di Tgl 15 Agustus 2012 akan mendapatkan Bonus HandPhone Islami Raztel M890
Syarat dan Ketentuan Berlaku
edit

Promo Umroh 2013


PAKET PROGRAM PROMO UMROH 2013 ECONOMY CLASS
Paket Umroh 2013 Economy Class dengan harga 17.7 Juta kini bisa segera Anda dapatkan dengan harga mulai 13Jutaan, dengan sistem Angsuran sebanyak 3x
Syarat dan Ketentuan berlaku.
edit

Haji Plus Arbain 2012 USD 7500


Kami menerima CHJ 2012 untuk program HAJI PLUS ARBAIN (26 hari)
Alhamdulillah, Bagi Anda yang ingin segera berangkat menunaikan ibadah Haji tahun ini (2012) BISA.
Segera daftarkan diri Anda karena kesempatan ini terbatas.
Kebarangkatan langsung dari Jakarta
Flight: Emirate / Lion
Medinah Penginapan di Apartement Al Mubarok 6 orang per kamar.
Mekkah Penginapan Apartement daerah Aziziah jarak 2km disediakan Transportasi Bus (Free)
Pembayaran dan Pelunasan s.d 31 Juli 2012
Segera daftarkan, atau harga visa bikin naik lagi
harga sebelumnya USD 6500

Sumber : http://www.smbcumrohhaji.co.id/
edit

Umroh Safar Plus Dubai 2012


PROGRAM PAKET UMROH SAFAR 2012  (Umroh Tahun Baru) 9 HARI plus WISATA DUBAI
Harga Standard Mulai Dari USD 2750 (Quad)
Flight by Saudi Arabian Airlines, Jakarta CGK
Hotel Makkah: Grand Zam-zam Tower Hotel *5
Hotel Madinah: Al-Haram Hotel *5
Hotel Dubai: Ibis Hotel
Pendaftaran dan Pelunasan Paket Umroh Safar 2012 Max di Tgl 15 Agustus 2012 akan mendapatkan Bonus HandPhone Islami Raztel M890
Syarat dan Ketentuan Berlaku
edit

Jumat, 15 Juni 2012

PAKET LAND ARRANGEMENT

PAKET LAND ARRANGEMENT UMROH 1433H

Kepada Yth.
Bpk / Ibu Pimpinan
Penyelenggara Umroh


Puji syukur kehadirat Allah s.w.t yang telah memberikan Rahmat dan Karunia-Nya sehingga kita masih dapat bekerja dan beraktifitas serta diberikan kesehatan baik jasmani dan rohani.
Sholawat dan salam kita panjatkan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w serta para sahabatnya dan kepada umatnya yang selalu berada dijalan yang benar.
Bersama ini perkenankan kami dari SMBC Services Umrah & Hajj sebagai agen resmi di Saudia Arabia untuk menyampaikan penawaran Paket ‘Land Aranggement Jeddah to Jeddah’ bagi Agen Penyelenggara Umroh di Indonesia dengan berbagai pilihan paket yang dapat kami sampaikan kepada Bapak/Ibu.
Dalam memberikan Pelayanan kepada jamaa’ah harus dilakukan dengan sebaik-baiknya yaitu dalam bentuk pelayanan yang khusus, professional, nyaman, aman dan memuaskan, untuk itu didalam memberikan pelayanan kepada jama’ah dari Indonesia selama di Saudi Arabia akan ditangani langsung oleh tenaga-tenaga kerja dari Indonesia yang berpengalaman dalam memberikan pelayanan Umroh, hal ini untuk memudahkan komunikasi antara jama’ah dengan kami selaku perwakilan Bapak/Ibu di Saudi Arabia, sehingga kami berharap ‘Dapat menjadi Teman dalam Perjalanan dan Pelayan dalam Ibadah’.
Penawaran ini kami sampaikan untuk terus menjaga tali silaturahmi serta kerjasama yang baik didalam suasana persaudaraan ‘Ukhuwah Islamiyah’ dengan tetap mengacu kepada nilai-nilai usaha diantara kita yang Islami.
Semoga Allah s.w.t akan senantiasa memberikan kita keselamatan dan kemudahan dalam melayani tamu-tamu Allah,…Amin.
Atas perhatian dan kerjasamanya kami ucapkan terima kasih.


Wassalamu’alaikum Wr.Wb.
SMBC SERVICE UMRAH & HAJJ

NURUL FAIZA
Representative for Indonesia
Download Harga Paket Land Arrangement
edit

Jumat, 08 Juni 2012

JENIS JENIS HAJI

Haji dan Umrah itu ada 5 jenis, iaitu:


JENIS-JENIS HAJI DAN UMRAH
  1. Haji jenis Ifrad
  2. Haji jenis Tamattu'
  3. Haji jenis Qiran
  4. Haji sahaja, dan
  5. Umrah sahaja

HAJI JENIS IFRAD
Ifrad maknanya " berasingan" jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji.

HAJI JENIS TAMATTU'
Tamattu' ertinya bersenang-senag, jadi Haji Tamattu' itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.

HAJI JENIS QIRAN
Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu" (Riwayat - Turmizi)
edit

Jumat, 01 Juni 2012

Tentang Multazam


Multazam terletak di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Perkataan Multazam bermakna," Melekat", sebab dipanggil demikian, kerana disinilah seseorang itu patut melekatkan dadanya semasa berdoa. Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata:- Dia pernah berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap ke Kaabah. Tangannya dianjurkan ke atas kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau berkata," Daku melihat Rasullullah s.a.w. melakukannya".

edit

Tentang Telaga Zam-zam


Telaga zam - zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).

Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.

Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.

Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;
"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;

"Adakah ini memang perintah dari Allah ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.
Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban
edit

Mekkah

edit

Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi- bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram.

Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam.
Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.

edit

Sejarah Tentang Haji

Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :


" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".
Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.


Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.


RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI


Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.
Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.


Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.


PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'


Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :
  1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
  2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
  3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
  4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :
" Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"


Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.
edit

Tentang DAM

Soalan
Apakah arti Dam?

Jawaban
Asal makna dam ialah darah. Kemudian dipakai sebagai nama binatang ternakan yang disembelih kerana menebus kesalahan atau menutupi kekurangan dalam masa mengerjakan haji atau umrah. Kemudian digunakan perkataan ini untuk sebarang denda ganti penyembelihan.

Soalan
Mengapa orang yang melakukan haji tamattuk dikenakan dam?

Jawaban
Kerana ia telah tidak berihram dari miqat haji dalam musim haji. Kecuali penduduk Makkah dan sekitarnya tidak dikenakan dam.

Soalan
Berapa dam yang harus dibayar jika seorang itu mengerjakan haji tamattuk dengan berniat di Jeddah?

Jawaban
Satu dam sahaja - Menurut qaul yang mengatakan Jeddah itu sebagai miqat. Kalau menurut qaul yang mengatakan Jeddah tidak dikira miqat kena dua dam. Satu dam kerana berihram umrah setelah melalui miqat, satu dam lagi kerana meninggalkan miqat haji. Untuk lebih ihtiat (lebih berjaga-jaga) pendapat yang kedua lebih kuat.

Soalan
Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dijadikan dam?

Jawaban
Binatangnya mesti sudah sampai umur boleh dibuat korban dan tidak ada sebarang penyakit serta cukup sifatnya.

Soalan
Adakah berdosa jika seorang itu melakukan perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram walaupun setelah membayar dam?

Jawaban
Jika dilakukannya kerana terlupa, terpaksa atau kerana sesuatu keuzuran yang diterima oleh syarak ia tidak berdosa.

Soalan
Bolehkah seorang itu melewatkan pembayaran dam? Bagaimana pula jika bayaran dam seseorang itu dibayar di luar tanah haram?

Jawaban
Yang afdalnya dibayar pada waktunya. Ada masanya pula seseorang tidak boleh bertahallul melainkan setelah membayar dam. Semua dam mesti dibayar di tanah haram kecuali dam kerana terkepong atau terhalang dari meneruskan haji atau umrahnya - dikeluarkan ditempat mana ia terhalang.

Soalan
Bolehkah seorang itu memakan daging damnya sendiri?

Jawaban
Tidak boleh. Semuanya mesti disedekahkan. Kalau sudah diterima oleh orang yang berhak kemudian orang ini menjamunya adalah harus.

Soalan
Bolehkah seorang itu mewakili orang lain untuk membayar damnya?

Jawaban
Boleh

Soalan
Adakah sah dam seorang yang dibuat dengan tidak berijab kabul?

Jawaban
Perwakilan mesti ada ijabnya dengan lafaz. Kalau ia menyembelih sendiri cukup dengan niat. Wakil wajib berniat atas nama orang yang mewakilkan.

Soalan
Adakah sah dam yang dibayar melalui Bank Islam yang terdapat di Arab Saudi?

Jawaban
Ya. Sah dengan syarat pihak bank itu bertindak sebagai wakil untuk menyembelih dam itu.

Soalan
Adakah dikenakan dam jika seorang yang uzur itu tidak dapat melakukan tawaf wada’?
Jawapan
Tidak dikenakan dam kerana uzur

Soalan
Adakah dikenakan dam bagi seorang yang ternampak rambut di lantai biliknya sedangkan ia tidak pasti rambut siapakah itu?

Jawaban
Tidak wajib dam.

Soalan
Seorang yang terlupa yang dia dalam ihram telah mencabut rambutnya, adakah dikenakan dam keatasnya?

Jawaban
Ya. Dikenakan dam.
edit

Tentang Ziarah Ke Madinah

Soalan
Apakah hukumnya seorang jemaah haji yang tidak berziarah ke Madinah?

Jawaban

Makruh dan rugi kerana tidak menziarah tanah haram yang kedua itu - kecuali jika ada halangan atau keuzuran yang tidak dapat dielakkan.


Soalan
Bagaimana pula mereka yang mengerjakan umrah di luar musim haji tidak berziarah ke Madinah?

Jawaban

Sama sahaja hukumnya seperti yang telah disebutkan.

edit

Kemampuan Menunaikan Ibadah Haji

Soalan
Apakah istilah berkemampuan dalam ibadah haji?

Jawaban


Kemampuan ialah:
a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b. Sihat badan
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.


Soalan
Adakah hukumnya salah, apabila seseorang mengerjakan haji dari perbelanjaan yang dikeluarkan oleh orang lain?

Jawaban

Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.


Soalan
Bolehkah seseorang berhutang untuk menunaikan fardhu haji?

Jawaban

Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan.


Soalan
Adakah dibolehkan seorang mengerjakan haji sedangkan dia belum melunaskan semua hutangnya yang dibayar setiap bulan dari potongan gajinya?

Jawaban

Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.


Soalan
Sahkan haji seseorang yang menggunakan wang si-noman di mana dia adalah penerima yang pertama?

Jawaban

Sah hajinya
edit

Tentang Rukun/Wajib Haji

Soalan
Terangkan mengenai rukun dan wajib haji?

Jawaban


Rukun haji 6 perkara
a. Niat
b. Wuquf
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib


Wajib Haji 7 Perkara:
a. Berniat ihram di Miqat
b. Bermalam di Muzdalifah
c. Melontar jamrah aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah
d. Bermalam di Mina - sekurang-kurang 2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
e. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
f. Meninggalkan larangan ihram
g. Tawaf wada (selamat tinggal)


Soalan
Bagaimana cara mengerjakan haji dan umrah?

Jawaban

Ada 3 macam cara:
a. Cara tamattuk iaitu mendahulukan umrah sebelum haji dalam bulan-bulan haji.
b. Cara ifrad iaitu mendahulukan haji sebelum umrah di dalam bulan-bulan haji.
c. Cara qiran iaitu dibuat haji dan umrah sekali gus


Soalan
Apakah perbezaan cara-cara tersebut di atas:-

Jawaban

Haji Tamattuk
Apabila seseorang itu sampai di Miqat/Jeddah dia terus berniat mengerjakan umrah sahaja, lalu dia masuk ke Makkah membuat tawaf umrah, bersai dan bercukur. Dengan ini dia keluar dari ihram. Ia boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram kecuali memburu binatang di tanah haram atau mencabut pokoknya kerana larangan ini tetap ada dalam tanah haram pada bila-bila masa. Apabila sampai 8/9 Zulhijjah barulah dia berihram untuk haji pula dari tempat tinggalnya di Makkah dan meneruskan amalan hajinya. Orang ini dikenakan dam.
Haji Ifrad
Apabila seseorang itu sampai ke Miqat/Jeddah ia terus berniat haji dan dia masuk ke Makkah membuat tawaf Qudum (selamat datang) hukumnya sunat dan dia boleh membuat sai haji jika ia mahu dan tetap dalam ihram hingga selesai amalan haji. Kemudian barulah dia boleh membuat umrah.

Haji Qiran

Apabila seseorang itu sampai ke Miqat/Jeddah ia berniat haji dan umrah sekali gus. Dia meneruskan amalan haji sahaja. Umrahnya termasuk sekali. Orang ini juga dikenakan dam.


Soalan
Manakah yang lebih afdal dikerjakan di antara haji tamattuk, ifrad dan qiran?

Jawaban

Yang lebih afdal haji ifrad. Tetapi di sana ada satu pendapat bahawa orang yang datang dari jauh dan lama pula duduk di Makkah haji tamattuk lebih afdal kerana lebih mudah, terutama orang yang tidak biasa dengan cuaca Makkah


Soalan
Seorang yang mengerjakan umrah dalam bulan-bulan haji kemudian ia keluar ke Madinah dan bermiqat haji di Bir Ali, adakah haji cara begini dikatakan haji ifrad atau tamattuk dan adakah wajib membayar dam?

Jawaban

Haji ini dinamakan haji tamattuk tetapi ia tidak di kenakan dam. Yang dikenakan dam itu kalau ia telah meninggalkan miqat haji tetapi sekarang ia telah keluar dan bermiqat dari miqat haji.


Soalan
Seorang yang telah berniat mngerjakan umrah tetapi kedatangan haidnya tidak membolehkan dia menyempurnakan umrah hingga ke hari Arafah. Bolehkah dia menukar niatnya ke haji ifrad dan adakah wajib dia membayar dam?

Jawaban

Selagi dia belum tawaf umrah dia boleh memasukkan niat haji ke dalam umrahya menjadi haji qiran dan dia dikenakan dam. Kalau sudah mula tawaf tidaklah boleh ia menukar niatnya.


Soalan
Apakah boleh mengerjakan haji ifrad atau qiran bagi jemaah yang datang dari daerah Asia Tenggara dengan tidak membawa kambing korban?

Jawaban

Tidak wajib membawa kambing (hadyun) bagi haji ifrad atau qiran menurut mazhab Syafii hanya sunat muakkadah sahaja. Itu pun bukanlah mesti daripada negerinya lebih-lebih lagi seperti kita yang jauh ini keadaan tidak membenarkan. Ia hanya dibawa daripada miqat
edit

Rabu, 30 Mei 2012

Tentang Umrah

A. Makna Umrah.
Secara bahasa, kata umrah bermakna ziarah (berkunjung, atau mengunjungi).
Adapun maknanya secara syar'i adalah berziarah ke Baitullah dengan melaksana-kan thawaf di sekelilingnya, sa'i di antara Shafa dan Marwah serta mencukur rambut kepala atau memendekkannya.

B. Dalil di Syari'atkannya Ibadah Umrah.

    * Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman:
      “…Dan sempurnakanlah ibadah haji dan 'umrah karena Allah…”

    * Bahwasanya Nabi Shalallaahu alaihi wasalam melaksanakan ibadah umrah sebanyak empat kali.
      Imam Ibnu Katsir berkata: "Telah tetap bahwa Nabi Shalallaahu alaihi wasalam melaksanakan umrah sebanyak empat kali, semuanya beliau kerjakan pada bulan Dzulqa'dah.
      1) Umrah Hudaibiyyah pada bulan Dzulqa'dah tahun 6 H.
      2) Umratul Qadha' pada bulan Dzul-qa'dah tahun 7 H.
      3) Umrah Ji'ranah pada bulan Dzul-qa'dah tahun 8 H.
    * Umrah yang beliau sertakan dengan ibadah hajinya pada bulan Dzul-qa'dah tahun 10 H

    * Para ulama telah sepakat atas di sya-ri'atkannya umrah meskipun mereka berbeda pendapat tentang hukumnya apakah wajib atau mustahab (sangat dianjurkan).

C. Keutamaan Umrah.

Umrah adalah salah satu di antara ibadah yang paling mulia dan upaya pendekatan diri kepada Allah yang paling afdhal. Dengannya Allah Subhannahu wa Ta'ala mengangkat derajat hamba-hamba-Nya dan Nabi Shalallaahu alaihi wasalam telah menganjurkannya, baik melalui uca-pan maupun perbuatan beliau Shalallaahu alaihi wasalam . Dalam sebuah hadits, beliau bersabda:


"(Pelaksanaan) umrah hingga umrah yang berikutnya adalah pelebur dosa (yang di-lakukan) di antara keduanya".

Demikian pula sabda beliau:


"Ikutilah antara pelaksanaan haji dengan (melaksanakan) umrah, karena keduanya melenyapkan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana alat pandai besi melenyapkan kotoran yang ada pada besi, emas dan perak."

D. Rukun-Rukun Umrah.

    * Ihram yaitu masuk dalam ibadah umrah dengan mengucapkan: 'Labbaikallohumma bi'umrah

 hal ini berdasarkan pada hadits Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam :
    
      "Sesungguhnya semua amal perbuatan hanyalah (disertai) dengan niat.”

    * Melaksanakan thawaf (umrah) berdasarkan Firman Allah Subhannahu wa Ta'ala :
      "…Dan hendaklah mereka melakukan thawaf sekeliling rumah tua itu (Baitullah).”


    * Melaksanakan sa’i di antara Shafa dan Marwah, berdasarkan firman Allah Subhannahu wa Ta'ala :
      "Sesungguhnya Shafa dan Marwah adalah sebahagian dari syi’ar Allah, maka barangsiapa yang beribadah haji atau berumrah, tidak ada dosa baginya untuk mengerjakan sa’i antara keduanya…"
      Dan Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

 
      "Laksanakanlah sa’i karena sesungguhnya Allah telah mewajibkan atas-mu untuk melaksanakan sa’i."


    * Mencukur rambut atau memendekkannya, berdasarkan pada hadits ’Abdullah bin ‘Umar Radhiallaahu anhu , bahwasanya Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

      "Barangsiapa di antara kamu yang tidak membawa binatang hadyu (kurban), maka hendaklah ia melaksanakan thawaf di Baitullah dan (sa’i) di antara Shafa dan Marwah, serta memotong pendek (rambutnya) bertahallul."

E. Hal-Hal yang Diwajibkan Dalam Umrah.

    * Bagi mereka yang akan melaksanakan umrah, jika tempat tinggal mereka di-luar miqat, maka mereka harus ber-ihram dari miqat.

    * Bagi yang tinggal di dalam lokasi miqat, mereka berihram dari rumah/tempat tinggal mereka.

    * Orang yang bermukim di Makkah (tanah Haram), jika akan melaksana-kan umrah, maka ia wajib keluar dari tanah Haram ke daerah "Hil" yang terdekat, seperti Tan'im atau Ji'ranah dan berihram dari sana. Hal ini berdasarkan hadits 'Abdurrahman bin Abi bakar ash-Shiddiq Radhiallaahu anhu dia berkata:

      "Bahwasanya Nabi Shalallaahu alaihi wasalam memerintahkannya membonceng 'Aisyah dan mengantarnya untuk umrah dari Tan'im."

F. Waktu Umrah.

Waktu pelaksanaan umrah adalah hari-hari sepanjang tahun tanpa pengecualian. Akan tetapi jika dilaksanakan pada bulan Ramadhan lebih afdhal, berdasarkan sabda Nabi Shalallaahu alaihi wasalam :

"Umrah di bulan Ramadhan sama dengan ibadah haji."

Makna hadits ini, bahwasanya pahala umrah yang dikerjakan pada bulan Ramadhan sama dengan pahala haji. Hadits ini tidak berarti bahwa umrah pada bulan Ramadhan dapat menggugurkan kewajiban haji, karena telah menjadi ijma' (kesepakatan) bahwasanya umrah tidak cukup untuk menggantikan posisi haji yang wajib.
Demikian pula hadits ini menunjukkan bahwa pahala suatu amal ibadah akan bertambah jika dilakukan pada waktu yang mulia, sebagaimana pahala akan bertambah pula jika dikerjakan dengan penuh kekhusyu'an dan keikhlasan.

G. Umrah Sebelum Melaksanakan Ibadah Haji.

Seseorang yang belum melaksanakan ibadah haji dibolehkan untuk melaksana-kan umrah. Hal ini berdasarkan hadits 'Ikrimah bin Khalid Radhiallaahu anhu , beliau bertanya kepada ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallaahu anhu tentang umrah yang dilaksanakan oleh seorang yang belum menunaikan haji. Maka Ibnu 'Umar berkata: (tidak mengapa). 'Ikrimah bertutur: "Abdullah Ibnu ‘Umar Radhiallaahu anhu berkata:

"Nabi Shalallaahu alaihi wasalam melaksanakan umrah sebelum beliau melaksanakan haji."
Demikian pula telah shahih dari al-Barra' bin 'Azib Radhiallaahu anhu, beliau berkata:

"Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam melaksanakan umrah dibulan Dzulqa'dah sebelum beliau haji (sebanyak) dua kali."
Imam al-Baghawi menuturkan:


"Para ulama telah sepakat akan kebolehan mendahulukan ibadah umrah atas ibadah haji."

Catatan/Peringatan penting:

    * Dalam melaksanakan umrah, hendaklah memperhatikan sunnah-sunnah ihram, thawaf dan sa'i yang telah dibahas pada pembahasan yang lalu.

    * Tidak disyari’atkan dan tidak pula dian-jurkan bagi jama'ah haji yang telah ber-umrah dan telah berada di Makkah untuk mengulang-ulangi umrah dari Tan'im atau Ji'ranah, karena pekerjaan tersebut tidak dicontohkan oleh Rasulullah e dan para Sahabat beliau.Wallaahu Ta’ala a'lam.
edit

Selasa, 15 Mei 2012

SMBC Umroh Haji

SMBC Umroh Haji

SMBC Umroh Haji
Harga:13000000
Cara Pembayaran:Transfer Bank (T/T)
Negara Asal:Indonesia
Keterangan:Setiap muslim pastilah mengetahui bahwa ibadah haji ke Baitullah merupakan salah satu rukun dari lima rukun agamanya. Dan kini, bulan pelaksanaan haji telah menjelang. Jutaan kaum muslimin dari berbagai penjuru dunia akan membanjiri tanah suci yang dimuliakan Allah Subhanahu wa Ta’ ala tersebut. Ucapan talbiyah menyambut panggilan Allah Subhanahu wa Ta’ ala terluncur dari lisan tamu-tamu Allah Subhanahu wa Ta’ ala.
“ Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, kenikmatan, dan kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”
Berangkat ke tanah suci, melaksanakan ibadah haji dan umrah ini merupakan impian setiap insan beriman mewujudkan titah Allah Yang Maha Rahman, yang telah berfirman:
“ Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu bagi orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari kewajiban haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” ( Ali ‘ Imran: 97)
SMBC UMROH & HAJI sebagai biro penyelenggara ibadah umroh & haji memberikan penawaran special untuk paket umroh mulai Rp.13 Jt an dan Haji Reguler / Hajiplus mulai Rp.65 Jt an.dengan layanan ramah dan professional.Info lebih jelas nya silakan bisa hubungi kami di 031-8071193 / 03183144004 / 085257556332 E-mail: umrohhajiplusmarketing@ yahoo.co.id www.umrohhajiku.com
edit

TIPS PELAKSANAAN IBADAH UMRAH

TIPS PELAKSANAAN IBADAH UMRAH AGAR BISA BERHASIL

Umrah itu ibadah
Anda mengeluarkan uang yang tidak sedikit untuk beribadah. Melihat rumah Allah dari dekat. Melihat pusat dimana ibadah anda tertuju.Kalau hanya ibadah-ibadah biasa, anda tak perlu mengeluarkan uang. Cukup datang ke masjid terdekat, anda sudah dikatakan ibadah.Maksud saya, saya melihat banyak orang yang datang untuk niat umrah, tapi ternyata di sana bagai berwisata ke rumah Allah. Foto-foto di depan ka’bah, sampai tak jarang anda menghalangi, atau berjalan di depan orang yang sedang sholat. Saya tak mengatakan tak boleh foto-foto hanya untuk kenang-kenangan, asal tak menganggu orang lain, atau tak melakukan dosa lain, maka bagi saya wajar-wajar saja.
Jika sedari awal niat ibadah Umrah, maka niatkan dalam hati dengan sungguh-sungguh. Anda sudah mengeluarkan uang puluhan juta, hanya untuk ibadah. Maka jangan sampai uang yang puluhan juta itu menguap sia-sia.

PERSIAPAN UMROH

1. Sabar
Perjalanan berhaji atau umrah selalu diwarnai ketidak sempurnaan. Baik menyangkut perilaku sesama jamaah, penyelenggara maupundi Saudinya sendiri. Ketidak sempurnaan itu akan terjadi sejakpersiapan (dari tempat anda tinggal), di airport, di pesawat, pelaksanaan ibadah hingga kembali pulang. Maka banyak bersabarlah.

2. Kenali Fardu
Banyakyang perlu dihapalkan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Namun jangan memaksakan diri. Yang penting, kenali hal-hal yang diwajibkan.
Selebihnya Anda dapat mengikuti pembimbing.

3. Cari Informasi Cuaca
Mekah dan Madinah akan sangat dingin pada bulan-bulan sekitar November-Desember-Januari dan sangat panas sekitar bulan Juni-Juli-Agustus. Tanyakan suhu udara Saudi sebelum berangkat. Bawa jaket bila musim dingin.

4. Siapkan Obat-obatan Sendiri
Jangan bergantung pada orang lain. Bawa obat yang paling Anda perlukan. Vitamin C dosis tinggi akan bermanfaat. Demikian juga masker penutup hidung yang dapat diperoleh di apotik-apotik.

5. Siapkan “pelawan cuaca”
Bawa kipas dan semprotan air (hand sprayer). Siapkan kacamata hitam untuk melindungi mata dari terik matahari. Gunakan kosmetik pelembab kulit, juga pelembab bibir, agar tidak pecah dan perih. Terus gunakan kaus kaki kecuali saat berpakaian ihram. Bawa pula tempat minum praktis. Perlu sering minum walaupun tidak merasa haus untuk menghindari dehidrasi.

6. Bawa Sedikit Pakaian
Kelembaban udara di Saudi sangat rendah. Kecuali saat berjejalan thawaf, tubuh praktis tak berkeringat. Udara juga tak banyak berdebu. Maka, pakaian
relatif awet. Jika dicuci juga cepat kering. Satu kopor kecil pakaian telah memadai.

7. “Makanlah walau gak enak”
Tubuh lelah dan udara kering sering membuat nafsu makan hilang. Jika itu terjadi, paksakan diri untuk makan secara cukup. Apapun rasanya.
Gunakan buah segar seperti semangka atau jeruk untuk “lalap”.

8. Hindari Berdebat
Godaan untuk berdebat sering muncul. Terutama menyangkut soal “mana yang lebih utama’ atau “afdhal”. Diskusilah seperlunya atau tanya pembimbing.
Selebihnya laksanakan dengan khusyuk.

9. Pelajari Jejak Ibrahim dan Muhammad
Haji dan umrah juga merupakan ibadah ziarah menelusuri jejak Rasulullah SAW dan Nabi Ibrahim AS.
Pelajari kisah mereka seputar masalah haji. Resapi makna setiap langkah beliau. Kenali tempat-tempat dulu beliau berada.

10. Belanja Seperlunya
Belanja di Saudi tentu boleh saja. Tapi ingat tujuan utama perjalanan Anda adalah ibadah dan bukan yang lain. Selain harga-harga tidak murah bila
diukur dengan kurs rupiah, juga merepotkan perjalanan.

11. Bawa Buku Agama
Manfaatkan waktu luang Anda untuk mempelajari satu buku khusus. Bisa saja itu terjemahan Al-Quran, satu buku hadis, atau kumpulan doa. Bawa salah
satu buku itu bersama “buku pintar” soal berhaji/berumrah.

12. Rileks
Cukuplah beristirahat. Jangan tegang. Kadang penyelenggara lalai melaksanakan kewajibannya. Untuk menutupinya, mereka menyeru agar “jamaah haji/umrah
selalu bersabar”. Jika itu terjadi, jangan segan mengingatkan mereka memenuhi kewajibannya. Namun lakukan itu dengan kepala dingin.

13. Kami semua di “SMBC” mendo’akan
semoga jamaah dapat menunaikan ibadah umroh nantinya dengan lancar, dan setelah pulangnya menjadi manusia yg ber-akhlak mulia, juga membawa oleh-oleh … Amiin..
edit

Senin, 14 Mei 2012

Syarat Umroh SMBC

PERSYARATAN UMRAH

1. Paspor asli yang masa berlakunya minimal 6 ( Enam bulan ) dan nama yang tercantum di dalamnya minimal tiga suku kata. Contoh :NAZWA ANGGITIA URZAIZ
A. Pas foto berwarna Ukuran 3X4 = 10 Lembar dan 4X6= 10 lembar
B. Latar belakang warna putih, warna baju kontras dengan latar belakang, tidak menggunakan seragam dinas atau menggunakan emblem dalam bentuk apapun.
C. Ukuran dari dagu hingga kening adalah 80%
D. Tidak menggunakan kacamata hitam
2. Buku Nikah bagi Suami Istri
3. Kartu Keluarga dan Akte Kelahiran (Asli) bagi putra-putrinya yang berangkat.
4. Kartu Kuning dari kantor kesehatan ( Vaksin Maningitis )
5. Menyerahkan dokumen lengkap minimal 1 (satu) bulan sebelum tanggal keberangkatan.
6. Pembatalan Umroh akan dikenakan biaya:
A. Pembatalan 4 Minggu / 1 Bulan setelah Pendaftaran dikenakan 5% dari harga paket.
B. Pembatalan 3 Minggu setelah proses Visa dikenakan 10% dari harga paket
C. Pembatalan 2 Minggu setelah pembelian tiket international dikenakan 30% dari harga paket
C. Pembatalan 1 Minggu setelah pembelian tiket international dikenakan 90% dari harga paket
BIAYA PERJALANAN UMROH SUDAH TERMASUK
1. Tiket penerbangan pulang pergi Jakarta – Jeddah Economy class
2. Ziarah Transportasi lokal dengan Bus AC
3. Visa Umroh
4. Muthowif dan Perlengkapan Umroh seperti Traveling Bag, Kain Seragam, Tas Passport, ID Card, Buku Manasik, Mukena/Bergo ( Jamaah Perempuan ), Kain Ihram + Ikat Pinggang ( laki-laki )
5. Akomodasi Sesuai Program
6. Komsumsi
7. Transportasi Bus AC
8. Air Zam – Zam @ 10 liter

BIAYA PERJALANAN UMROH BELUM TERMASUK
1. Tiket penerbangan domestik ke Jakarta
2. Pembuatan Passport Jika belum ada ( Rp.700.000 ).
3. Vaksin Meningitis
4. Airport Tax Handling Rp.750.000
5. Biaya Surat Mahrom Rp.400.000 bagi wanita yang berangkat sendiri tanpa mahram (Bagi yang berusia diatas 45 tahun keatas tidak dikenakan biaya)
6. Pengeluaran pribadi seperti laundry, telepon, tips, dll
7. Kelebihan bagasi yang telah ditetapkan airlines ( Max 20 Kg )
8. Tour-tour diluar acara program
edit

Syarat Haji SMBC

Persyaratan Pendaftaran:
1. Mengisi Formulir Pendaftaran Haji
2. Pas Photo berwarna dengan background putih 80% tampak muka. Tidak menggunakan kacamata maupun pakaian dinas
3. Jumlah dan ukuran pas photo yang diperlukan:
Ukuran 3×4 = 40 lembar
Ukuran 4×6 = 10 Lembar
4. Foto Copy KTP dan KK yang masih berlaku sebanyak 5 lembar
5. Foto Copy Paspor, nama di paspor 3 suku kata (mis: Ahmad bin Husain)
6. Bagi wanita disertai Mahram
7. Melakukan pembayaran Uang Muka minimal sebesar US$ 4.500 / Pax karena untuk tahun ini juga tahun mendatang sistemnya adalah sistem perebutan Kuota (First come First Served). Dengan DP US$ 4.500 mungkin, insya Allah dapat Kuota haji khusus 2013 selama kuota masih ada. Jadi jika ingin ikut haji tahun 2013 harus daftar sedini mungkin agar tidak kehabisan kuota 2013.

Biaya Sudah Termasuk:
1. Setoran BPIH/ONH
2. Tiket Pesawat Ekonomi Jakarta-Jeddah-Jakarta
3. Airport Tax + Handling
4. Transportasi & Ziarah (City Tour)
5. Land Arrangement di Saudi Arabia
6. Perlengkapan Ibadah Haji
7. Bimbingan dan buku Manasik Haji sebelum keberangkatan dan selama di Tanah Suci
8. Muthowif, Guide Lokal, dan Tour Leader selama di Saudi Arabia
9. Akomodasi & Konsumsi
10. Air Zam Zam
11. Hadyu / Dam Tamattu’
12. Infaq untuk dana da’wah

Biaya Belum Termasuk:
1. Biaya medical check up di tanah air / suntik meningitis Rp 350 ribu/pax
2. Fiskal (pemilik NPWP dan di bawah 21 tahun gratis)
3. Biaya untuk hal-hal pribadi (telpon, laundry, kelebihan bagasi dan tour tambahan di luar program, tips)
4. Biaya tenaga pendorong kursi untuk thawaf sa’i umrah sebesar US$ 150
5. Biaya tenaga pendorong kursi untuk thawaf sa’i haji sebesar US$ 250
6. Kelebihan Bagasi ( sesuai ketentuan Airlines )
7. Biaya pengobatan/perawatan di Rumah Sakit
8. Segala biaya yang timbul akibat keterlambatan, penundaan&pembatalan penerbangan
9. Pembuatan Paspor Internasional

Pembatalan dikenakan biaya:
1. Setelah jama’ah mendapat kuota: 10% dari biaya paket ONH Plus
2. 5 bulan sebelum keberangkatan: 20% dari biaya paket ONH Plus
3. 3 Bulan sebelum keberangkatan: 65% dari biaya paket ONH Plus
4. 2 Bulan sebelum keberangkatan: 80% dari biaya paket ONH Plus
5. 1 Bulan sebelum keberangkatan: 100% dari biaya paket ONH Plus
edit

SMBC Umroh Haji

SMBC Umroh Haji telah berpengalaman melayani jamaah umrah dan haji, dan setiap calon jamaah diberi kebebasan untuk menentukan sendiri kapan berangkat, dan disertai dengan jaminan uang kembali.

VISI DAN MISI

Visi:
Sebagai sarana mewujudkan niat ibadah ketanah suci dan membantu program pemerintah dalam menciptakan peluang usaha kemitraan serta membantu wadah sosial yang telah ada.

Misi:
Menjadikan program keagenan sebagai program kemitraan yang dapat mewujudkan ibadah Umroh dan Haji.
Menjadikan Program keagenan sebagai program kemitraan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Menjadikan program keagenan sebagai program kemitraan yang dapat membantu wadah sosial, guna menyantuni anak yatim piatu, fakir miskin, kaum jompo, dan dhuafa.
edit
 

SMBC-JOMBANG Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers